Sunday 2 December 2012

Far Cry 3 antara game baharu yang popular

Far Cry 3 daripada Ubisoft Montreal menjadi antara game yg popular di US setakat ini, kalau di Malaysia admin tak tahu popular ke tak. Game ini hanya untuk pemain yg berumur 18+ saja, tapi admin rasa ramai yg bawah umur pun main juga.




Admin pasti ada yg pernah main Far cry 1 dan 2 sebelum ni. Tapi mesti cuba Far Cry 3 pula.
Game ni boleh main di PC, PS3, dan Xbox 360. Dilancarkan pada Nov 29 2012.

Far Cry 3 sesuai untuk mereka yg suka menembak tambahan pula game ni grafik cantik dan misi yg sangat extreme.


Matlamat utama permainan ini adalah untuk melarikan diri dari pulau dan habitat gila penduduk disitu. Kalau lihat balik gambar di atas nampak cantik hutan tu kan, tempat berlatar berlakang dunia tropika yang sama dengan siri pertama (Far Cry1) .  Nama tempat tu The Rook Islands.


Pemain akan mengambil alih peranan protagonis Jason Brody, seorang pelancong yang telah terdampar di sebuah pulau yang terikat dengan cengkaman konflik tempatan yang ganas untuk bertahun-tahun.


Penceritaan game ni memang menarik, tambahan pula watak utama mempunyai musuh yg bernama Vaas di pulau itu. Gambar Vaas kat bawah ni, kalau tengok rupa mmg nmpk jahat.





Dan bawah ni pula watak utama 
Jason Brody




Tentang gameplay pula, anda akan mendapat advantage utk menaiki kenderaan seperti jet ski, kereta, dan quadbike. Hang glider juga boleh digunakan.

Ini keadaan apabila menaiki hang glider, dah mcm Kaito Kid pula kan.








Terdapat banyak haiwan dalam game ini seperti, harimau, beruang, ular, jerung, burung, biawak, buaya, anjing, dan banyak lagi. Maknanya semasa anda main, perlulah berjaga-jaga dengan haiwan liar.

Ini video antara kisah dalam Far Cry 3




Kalau rasa game ni hebat, beli la sekarang. Cuba habiskan misi dan capai matlamat utama dlm game ini.

No comments:

Post a Comment