Sunday 2 December 2012

GTA V dikatakan akan menjadi game terbaik 2013





RockStar Game sekali lagi menghasilkan game Grand Theft Auto selepas GTA IV (GTA4)  yg dikeluarkan pada 28 april 2008 lalu. Kini GTA 5 dgn pelbagai pembaharuan yg dilakukan oleh RockStar Game pada game ini kerana ada sedikit kritikan yg dikeluarkan segelintir masyarakat tentang game edisi  GTA 4.


Berikut adalah antara perubahan dan penambahan yg dilakukan oleh RockStar Game berdasarkan kelemahan GTA 4:

1.  Pemanduan lebih realistik
-Dalam game GTA4 mengawal kenderaan terutamanya kereta adalah rumit. Rockstar game mengatakan pemanduan dalam GTA5 lebih mudah dan real. Ia memudahkan pemain menjalankan misi dan melakukan drift dengan lebih lancar. Admin pun rasa susah nak kawal kereta dlm GTA4.

2.  Boleh Menyelam ke dalam air
 -Nico Bellic iaitu karakter utama dalam GTA4 hanya hampu berenang, tetapi tidak mampu pergi ke dasar laut. Nanti mesti boleh nampak ikan kan mcm GTA San andreas.

3.  Jenis kenderaan lebih banyak berbanding GTA 4
-Basikal kembali semula kerana GTA 4 tak ada .

4.  Pejalan kaki tahu apa mereka buat
-Ini perubahan ketara yg akan anda rasai nanti ketika bermain GTA 5, kerana dlm edisi GTA
 yg lain pejalan kaki hanya lalu-lalang, memandu kereta kesana-sini dan tak tahu apa yg mereka buat.Dalam GTA5 pejalan kaki akan pergi ketempat kerja pada waktu pagi dan balik pada petang.

5.  Kawasan lebih besar
-Kawasan bandar dan luar bandar sangat luas dan lebih besar daripada San Andreas dan libertyCity.


                                                        Trailer pertama GTA 5




                                                               Trailer Kedua


Sedikit info tentang dalaman GTA5.

1.Kalau dulu kita bermain GTA baik GTA SA mahupun GTA4, kita hanya perlu mengawal seorang karakter sahaja. Kali ini terdapat 3 karakter yg boleh digunakan iaitu Trevor, Franklin, dan Michael. Gambar dibawah.





















2.Rockstar Rock telah mencipta bandar GTA 5 dengan gabungan bandar dalam game yg sebelumnya iaitu Red Dead Redemption, GTA S.A dan GTA 4. Kembalinya bandar Los Santos (GTA S.A). Bunyi mcm menarik, tak sabar rasa admin nak main.

3.Peta dlm game ni design nya macam Google Earth. Anda juga boleh buat flip-off people (admin tak tahulah apa benda tu). Ada haiwan contohnya lembu dan anjing, menarik..dulu tak ada.

4.Ada kawasan gunung dan padang pasir dimuatkan.

Dan untuk mereka yg mempunyai gaming console seperti  Xbox360, PS3 dan lain2, anda boleh menarik nafas lega kerana GTA 5 dikeluarkan dlm bentuk console dulu sebelum PC, tak tahulah bila versi pc akan keluar. Pasal bila GTA 5 akan dijual tu admin tak tahu, R* game belum kasi tau.

Ada banyak lagi info pasal GTA5 di Youtube, Wikipedia dan laman rasmi R* game.



No comments:

Post a Comment