Thursday 13 December 2012

Nintendo- Wii U dengan sistem yang terbaru

The Wii U adalah sebuah konsol permainan video dari Nintendo dan mempunyai sistem-sistem yang terbaru. Sistem ini telahpun dikeluarkan Nov18 2012 di Amerika. Ia adalah kemasukan pertama dalam generasi kelapan konsol ''video game home''.

Wii U adalah konsol Nintendo yang pertama boleh menyokong grafik definisi tinggi (Full HD) dan mampu menghasilkan output video sehingga 1080p dan mempunyai 2GB RAM.

Konsol ini telah dikeluarkan dalam 2 versi iaitu versi pertama ''Basic'' warna putih dengan 8GB Flash Storage dan versi kedua pula ''Deluxe''/''Premium'' berwarna hitam dengan 32GB Flash Storage.


Dalam pakej Deluxe,  termasuk stands untuk konsol dan Gamepad (controller) dan dok mengecas utk gamepad. Kabel HDMI pula diberi kepada kedua-dua versi. Controller utama ialah Gamepad yang mempunyai skrin sentuh.

Sejarah awal penciptaannya.
Konsol ini telah diilhamkan pada tahun 2008. Wii sebelum ini dan perekanya Shigeru Miyamoto mengakui bahawa ketiadaan grafik definisi tinggi (FullHD) dan infrastruktur rangkaian yang terhad untuk Wii juga menyumbang kepada sistem yang dianggap dalam kelas yg berasingan dengan pesaingnya, Xbox360 dan Playstation3.

Dalam syarikat, terdapat banyak perdebatan atas idea untuk konsol yg baharu, dan projek itu telah dibatalkan dan dimulakan beberapa kali. Konsep skrin sentuh pada controller telah diilhamkan oleh The Blue Light dan disokong sepenuhnya oleh Miyamoto.

                                     Shigeru Miyamoto:



Sebanyak 765,000 unit konsol ini telah dijual pada bulan 11Dec 2012.

Harga konsol ini di Malaysia ialah:

Wii U basic set = RM 1499
Wii U deluxe set = RM 1699

Harga berikut akan berubah mengikut waktu dan tempat ia dijual.






No comments:

Post a Comment