Wednesday 19 December 2012

The Last of Us dari Neil Druckmann

Satu game bercirikan ''third-person survival'' dan ''action-adventure'', dibangunkan oleh Naughty Dog dan untuk Playstation 3 sahaja. pelik mana pergi xbox dan pc. Ia secara rasmi telah disiapkan pada Disember 10, 2011 semasa Spike TV Video Game Awards.

Watak utama game ini ialah Joel (suara oleh Troy Baker) dan Ellie (suara oleh Ashley Johnson). Sebelum ni admin tak bagi nama yang punya suara. Berbalik pada topik tadi, mereka (Joel,Ellie) merentasi kedasyatan di Amerika, bersembunyi dari tentera, semua yang mereka buat untuk mengelak daripada dijangkiti oleh satu wabak penyakit.

                                     Ellie dan Joel



Dalam game menetapkan 2 dekad selepas kulat jenis cordiceps telah membunuh jutaan orang (wabak penyakit). Yang terselamat hanyalah mereka yang berada di zon kuarantin yang sepenuhnya dibawah tanggungjawab tentera US.



Joel salah seorang dalam zon kuarantin telah pergi untuk suatu kerja yang dia telah berjanji kepada rakan lamanya untuk mendapatkan seorang perempuan muda.




Mereka memulakan perjalanan melalui US, mengelakkan jangkitan, manusia yang terkena wabak, dan ''scavengers'' yang hidup diluar zon kuarantin dan menjadikan Joel dan Ellie sebagai mangsa baru mereka. Masalah tambahan juga menimpa mereka.

                                        Trailer dari PlayStation







No comments:

Post a Comment